SEJARAH


Sejarah awal sekolah ini bermula sejak 1925 apabila sebuah banglo milik sepasang suami isteri, Encik Enmanuel dan Puan Ester yang terletak di tengah padang sekolah sekarang ini dijadikan tempat belajar. Setelah En. Enmanuel meninggal dunia, Pn. Ester menyerahkan sekolah ini kepada pihak Gereja Methodist Tanjong Malim.Tahun 1931 - 1941 Sekolah Anglo Chinese telah ditubuhkan sehinggalah pada tahun 1941, sekolah ini telah dibom oleh tentera Jepun. Tahun 1945 Selepas Perang Dunia II (1945), pihak Gereja Methodist  telah membuka  semula, Sekolah Inggeris Anglo Chinese di Bangunan Persatuan Khek Cina.Tahun 1948 Sekolah ini telah bergabung dengan Sekolah Inggeris Victory (yang telah ditubuhkan pada 1946) lalu diberikan nama baru, iaitu Sekolah Methodist (Persendirian). Pada bulan Mei 1949 Sekolah ini telah diberikan ‘Grant’, yakni bantuan modal oleh pihak kerajaan lalu diberikan nama baru, iaitu Methodist English School (MES).


Dari tahun 1949 hingga 1950 selain bantuan modal kerajaan, pihak sekolah telah berusaha dengan gigih memungut derma daripada orang ramai untuk melengkapkan prasarana asas 7 buah bilik darjah, sebuah makmal sains, sebuah pejabat, sebuah kantin dan sebuah tandas telah  dapat disiapkan lalu dibuka dengan rasminya oleh YAB Menteri Besar Perak pada 14 November 1951.Pada tahun 1952  Sekolah ini  berkembang dengan lebih pesat lagi setelah pihak  Gereja Methodist telah menambah keluasan sekolah sebanyak dua ekar.Pada bulan Julai 1965 Enam buah bilik darjah dan sebuah bilik guru telah siap dibina dan dirasmikan oleh YAB Menteri Pelajaran Malaysia. Kini, sekolah ini telah dikelompokkan sebagai Sekolah Menengah Gred A yang mempunyai murid melebihi 1000 orang pada sidang pagi dan sidang petang.  Jika dihitung usianya sejak tahun 1949 (berdasarkan nama yang diberikan: Methodist English School), usia sekolah ini telah melebihi 57 tahun. Oleh sebab ditubuhkan sejak Zaman Penjajah lagi, sekolah ini sudahpun digazetkan sebagai Sekolah-sekolah “Primier” di Malaysia.Suka diingatkan, jika dihitung dari sejarah awal penubuhannya (1925), MES akan menjangkau usia seabad (100 tahun) pada tahun 2024 nanti.